Saturday, May 26, 2012

Business Plan


RANCANGAN PERNIAGAAN


NAMA PERNIAGAAN : PC DOT COM


ALAMAT PERNIAGAAN : TINGKAT BAWAH, BANGUNAN PINTAR, JALAN MESRA,
       95000 KOTA SAMARAHAN, SARAWAK.


NO. TEL : 084-494143


NO. FAX : 084-494144


ALAMAT EMEL : pcdotcom@yahoo.com


RUJUKAN/ KONTEKS : FARHANA BINTI HAMZAH


TARIKH PENUBUHAN PERNIAGAAN ; JUN 2006


















ISI KANDUNGAN

            Tajuk                                                                                       Muka Surat

1.    Rumusan Eksekutif                                                                      3 - 5
2.    Latar Belakang Syarikat                                                               6 - 7
3.    Latar Belakang Projek                                                                  8 - 10
4.    Produk dan Perkhidmatan                                                            9 - 12
5.    Rancangan Pemasaran                                                               13 - 18
6.    Analisis Pesaing                                                                               19
7.    Rancangan Pengurusan                                                              20 - 22
8.    Rancangan Kewangan                                                                23 - 30
9.    Rumusan                                                                                         31
    10.   Bibliografi                                                                                         32
























RUMUSAN EKSKUTIF

Baru! Berbeza! Diperbuat dari peralatan yang terbaik! Berapa kalikah kenyataan seperti ini timbul mengenai sesuatu produk di pasaran. Berapa kalikah telah anda kecewa setelah anda membeli produk sebegini. Jangan putus asa, teruskan membaca dan anda akan yakin bahawa PC Dot Com tidak akan mengecewakan anda. PC Dot Com pasti akan memenuhi apa yang dilaung dan akan berusaha untuk mengekalkan kepuasan anda.

PC Dot Com adalah sebuah syarikat milik persendirian yang menjual perkakasan komputer dan perisian serta menawarkan perkhidmatan penyenggaraan komputer. Cik Farhana, pemilik syarikat ini mempunyai 2 tahun pengalaman dalam perniagaan komputer. Walaupun tidak mempunyai kelayakan profesional namun beliau mempunyai pengalaman hands on yang lebih berguna semasa beliau bekerja di sektor perkilangan.

Cik Farhana pula dibantu oleh dua orang adik, sepupu dan abang iparnya. Syarikat ini  diuruskan sebahagian besarnya oleh ahli keluarga berikutan persaingan yang sengit dari segi harga. Kedua-dua orang adik beliau mempunyai pengalaman mengurus di sektor perkilangan. Sumbangan mereka dari segi pengalaman dan kreativiti berupaya untuk menjayakan syarikat ini. Manakala sepupu beliau, Cik Farishah Ain pula membantu sebagai pekerja am. Encik Haziq Qayyum pula merupakan abang ipar Cik Farhana, berkelulusan Sarjana Sains Komputer, beliau mempunyai kelayakan profesional dan juga wawasan untuk memajukan syarikat dari segi keupayaan teknikal beliau dalam perkakasan dan perisian komputer. Tambahan pula beliau mempunyai ramai kenalan dalam dunia perniagaan yang dapat membantu  dalam       perkembangan PC Dot Com.

Sasaran pasaran PC Dot Com adalah terdiri daripada 3 kumpulan iaitu pengguna akhir, sektor kerajaan dan juga pengedar kecil-kecilan. Termasuk dalam pelanggan potensi PC Dot Com adalah mereka yang belum lagi memiliki komputer dan juga mereka yang sudah pun memiliki komputer tetapi tidak puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh syarikat langganan mereka sekarang.

Komponen utama dalam strategi perniagaan PC Dot Com adalah dari segi perkhidmatan, PC Dot Com berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya. Kaedah ini telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan untuk berlanggan dengan syarikat ini. PC Dot Com juga tidak akan bersaing dari segi harga tetapi cuba menyedarkan pelanggan bahawa perkhidmatan selepas jualan adalah juga sama penting.

Semua sumber kewangan sebelum ini adalah dari simpanan pemilik dan juga ahli keluarganya. Dengan rancangan perkembangan yang dicadangkan pemilik merasakan bahawa PC Dot Com memerlukan kewangan tambahan sebanyak RM150,000. Sumber ini bukanlah sebagai pinjaman jangka panjang (term loan) tetapi sebagai overdraf. PC Dot Com menjangka tidak akan menghadapi masalah dari segi pembayaran balik kerana jika dilihat dari segi ramalan jualan dan keuntungan syarikat, syarikat berupaya untuk terus maju dan membayar semua tanggungan syarikat tanpa apa-apa masalah.

PC Dot Com adalah hasil misi syarikat untuk mengutamakan perkhidmatan kepada pelanggan dan bukan semata-mata untuk menjual produk sahaja. Garis panduan yang diterokai ini berupaya untuk memberikan pulangan yang lumayan di masa akan datang.
Berbeza dengan pesaing dekat PC Dot Com yang menawarkan harga rendah dan perkhidmatan yang tidak menentu, PC Dot Com akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Ini akan menarik pelanggan berkunjung semula ke PC Dot Com untuk mendapatkan khidmat yang terdapat di PC Dot Com.
Manakala dari aspek sandaran, setakat ini PC Dot Com tidak mempunyai mana-mana sandaran.





















LATAR BELAKANG SYARIKAT
Nama Syarikat                        : PC Dot Com
                                                 (Syarikat Persendirian)

Alamat Berdaftar                    : No. 143, Jalan Kenyalang,
                                                  Taman Sri Mawar,
                                                  95000 Samarahan, Sarawak.

Tapak Perniagaan                  : Tingkat Bawah,
                                                  Bangunan Pintar,
                                                  Jalan Mesra,
                                                  95000 Samarahan, Sarawak.

No. Telefon                             : 084-494143

No.Fax                                                : 084-494144

Alamat Emel                           : pcdotcom@yahoo.com

Tarikh & No. Pendaftaran       : 6 April 2006
                                                   13579246 T

Tarikh Beroperasi                   : 6 Jun 2006

Modal Sumbangan                 : RM 55,000.00

Jenis Perniagaan                     : Pengedar  dan pembekal komputer serta perisian
                                                 
  komputer; perkhidmatan penyenggaraan dan percetakan.

Milikan Modal                          : 100 % Bumiputera

Pemilik                                                : Haziqah Farhana Bt. Hamzah

No. Kad Pengenalan               : 790505-13-5656

Bank                                        : Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB)

No. Akaun Syarikat                : 08-088-08-012345-8






Syarikat persendirian milik Cik Farhana ini mula beroperasi pada 6 Jun 2006. Teras perniagaannya ialah perkakasan dan perisian komputer serta perkhidmatan penyenggaraan. Cik Farhana mendapat ilham untuk menjalankan perniagaan ini apabila Kementerian Pendidikan mula memperkenalkan mata pelajaran komputer di sekolah-sekolah dan juga minat rakyat Malaysia terhadap komputer. Perniagaan komputer dan perkhidmatan penyenggaraan komputer dijangka meningkat pada kadar pertumbuhan yang memberangsangkan pada masa akan datang.

Cik Farhana yang memiliki Diploma Teknologi Maklumat dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor  berjaya meyakinkan ahli keluarganya, terutama dua orang adiknya untuk turut melabur dan bersama-sama membangun syarikatnya. Pelanggannya tidak terhad kepada pelajar sahaja, malahan digunakan oleh setiausaha, guru, sehinggalah kepada suri rumah. Dengan perlantikan abang iparnya sebagai pengurus teknikal Cik Farhana berharap untuk menerokai pasaran agensi kerajaan dan sektor perkilangan serta meningkatkan perkhidmatan penyenggaraan.

Maklumat Pengurusan           :
            Cik Haziqah Farhana Binti Hamzah               Pengurus
Encik Hafiz Fairuz Bin Hamzah                     Pengurus Kewangan
Encik Hanif Fauzan Bin Hamzah                   Eksekutif Jualan
Cik Farishah Ain Binti Salim                           Pekerja Am
Encik Haziq Qayyum Bin Hashim                  Pengurus Teknikal




LATAR BELAKANG PROJEK
a.    Lokasi Projek

Pada masa ini, PC Dot Com beroperasi di tingkat bawah Bangunan Pintar. Kedudukan ini boleh dikatakan strategik kerana ianya merupakan laluan bagi pelajar dan kakitangan UNIMAS. Selain itu, penduduk di kawasan Taman Sri Mawar boleh mengunjungi premis ini kerana kawasan taman perumahan tersebut yang terletak tidak jauh dari kawasan premis perniagaan.

Butir-butir premis perniagaan, kadar sewa dan pemilikannya adalah seperti berikut :-
Nama Pemilik Bangunan                    : Christie Enterprise Sdn. Bhd.
Alamat                                                 : Lot 4, Tingkat Bawah, Bangunan Pintar,
                                                             Jalan Mesra, 95000 Kota Samarahan,
                                                             Sarawak.
Kadar Sewaan (sebulan)                    : RM3,000
Tempoh Sewaan                                : 3 tahun

          
                                                                                                      

c) Peralatan dan Bahan Mentah
Bagi memastikan perkhidmatan yang baik dan memuaskan dan dapat memenuhi keperluan kebanyakan pelanggan, PC Dot Com telah menyediakan peralatan-peralatan seperti computer yang berkapasiti tinggi, mesin pencetak laser berwarna, mesin pengimbas, mesin faks dan perisian grafik.Selain daripada itu, system sokongan, program perlindungan dari virus, cakera salinan, perisian tulisan dan clip art turut disediakan.

Peralatan-peralatan tersebut adalah peralatan yang lazim digunakan oleh kebanyakan kedai computer seperti PC Dot Com. Sebagai perbandingan harga, sebut harga daripada 3 orang pembekal telah diperolehi. Pemilihan pembekal tersebut adalah berdasarkan sebutan harga yang terendah. Pembekal-pembekal bagi PC Dot Com ialah Universal Station, Ung Ming Equipment dan Media Centre. Tempoh sah bagi sebut harga ialah selama 1 tahun.

Syarikat Universal Station telah dipilih sebagai pembekal utama kerana menawarkan harga yang terendah. Syarat-syarat pembayaran bagi Syarikat Universal Station ialah 25% semasa pesanan dibuat dan bakinya selepas peralatan diterima atau berdasarkan surta jaminan bank.

Bahan-bahan mentah seperti toner, ink, drum, kertas ivory, art card, kotak plastic dan alat tulis laidigunakan dan ia boleh diperoleh melalui sumber tempatan dan luar negara.


PRODUK / PERKHIDMATAN
              
               Kami memilih perkhidmatan berkualiti sebagai garis panduan kami dan melancarkan strategi untuk menawan hati pelanggan dengan memberi perkhidmatan berkualiti selepas jualan berbanding dengan strategi harga yang rendah yang diamalkan oleh pesaing.
           
Sebagai pengusaha PC Dot Com, perkhidmatan selepas jualan atau perkhidmatan yang disediakan perlulah berterusan. Pengusaha boleh membantu dalam memberi khidmat nasihat tentang perlunya pengubahsuaian kepada tempahan mengikut rekaan grafik terbaru yang ada di pasaran. Dengan ini, hubungan baik antara pengusaha dan pelanggan dapat dibina.
              
               Khidmat pelanggan yang diberi dengan berkesan mampu memberi keselesaan  dan membina keyakinan pelanggan untuk terus setia mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan. Pelanggan yang berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan oleh PC Dot Com akan memperkenalkan perniagaan tersebut kepada orang lain. Keadaan ini dipanggil promosi mulut ke mulut yang dapat mengurangkan kos promosi dan meningkatkan kadar keuntungan PC Dot Com.

               Untuk melaksanakan strategi perkhidmatan, PC Dot Com juga memperkenalkan komputer klon. Pasaran komputer berjenama dikawal oleh syarikat gergasi. Oleh kerana kawalan harga yang amat ketat, margin keuntungan amat sedikit. PC Dot Com pula tidak dibenarkan menyentuh atau menyenggara masalah yang berkaitan. Kalau perkara tersebut dilakukan, maka warranty akan batal secara automatik. Komputer mestilah dihantar kepada pembekal untuk dibaikpulih. Rungutan pelanggan ialah masa yang diambil untuk kerja baikpulih terlalu lama. Kebanyakan pelanggan tidak sanggup berpisah lama dengan komputer mereka.
              
               Oleh itu, PC Dot Com bercadang untuk menawarkan produk dan perkhidmatan untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh pengguna. Dengan memperkenalkan sistem komputer klon, PC Dot Com bebas memilih perkakas yang hendak digunakan. PC Dot Com System akan mengguna perkakas yang terkini dan harganya yang berpatutan. Strategi ini berjaya apabila PC Dot Com menerima banyak tempahan ekoran dari promosi mulut ke mulut yang dilakukan oleh pelanggan PC Dot Com.
             
Tindakan kerajaan memansuhkan duti import dan cukai jualan serta rebet cukai pendapatan memberi kesan yang positif kepada PC Dot Com. Segmen pasaran isirumah (household) diramalkan akan berkembang pesat. Seterusnya persaingan di kalangan syarikat yang menawarkan perkhidmatan INTERNET memanfaatkan pengguna dan mencetus permintaan kepada produk IT.

 RANCANGAN PEMASARAN
a) Analisis pasaran
              
               Industri teknologi Maklumat mula mencatat perkembangan yang pesat dengan meningkatnya kepentingan teknologi maklumat (IT) dalam pelbagai aspek perniagaan dan pendidikan serta kehidupan harian. Teknologi e-mel dan internet telah mengubah cara hidup manusia.
              
               Kami di PC Dot Com berpendapat kualiti perkhidmatan yang akan menentukan kejayaan tapi bukannya saiz syarikat. Oleh itu, perkhidmatan berkualiti adalah istilah keramat bagi syarikat kami.
              
               Komputer adalah barang yang sofistikated. Teknologi komputer dan semua produk yang bersangkut paut dengan komputer mengalami proses pembaharuan yang sangat pantas. Oleh kerana sesuatu produk itu boleh menjadi usang dalam masa yang singkat, maka para  pengguna akan menghadapi masalah mengikuti perkembangan industri teknologi maklumat. PC Dot Com bersedia untuk menjadi pemangkin masyarakat dalam menghayati gelombang teknologi komputer. Keadaan ini akan dicapai dengan penawaran pakej komputer yang canggih dan disokong pula oleh perkhidmatan selepas jualan dan penyenggaraan yang efisien dan boleh dipercayai.
              
               Syarikat ini bermula secara kecil-kecilan dengan membekal komputer kepada pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMASI). Perkembangan seterusnya ialah pembekalan komputer kepada Politeknik Kuching dan beberapa buah sekolah di sekitar Kota Samarahan. Jualan terus meningkat dan perkhidmatan yang berkualiti menggamit lebih ramai pelajar dan kakitangan UNIMAS untuk berlanggan dengan PC Dot Com.
              
               Syarikat ini sedang giat meneroka pasaran baru iaitu agensi kerajaan dan firma perkilangan di sekitar Kota Samarahan, Bau dan Lundu. Di samping itu perkhidmatan penyenggaraan juga akan diberi penekanan. Syarikat ini juga ingin menjadi pembekal kepada pengedar komputer secara serius. Penerokaan segmen ini memerlukan modal yang banyak. Para pengedar pula sudah pasti akan meminta kemudahan kredit 30 hari.

b) Aspek Pasaran

i.     Ciri-ciri Umum Produk/servis dan Pengguna .

Firma menjalankan perniagaan menjual perkakasan komputer dan perisian serta menawarkan perkhidmatan penyenggaraan komputer. PC Dot Com juga menawarkan perkhidmatan mesin mencetak dan mesin mengimbas. Ini dapat memudahkan pelanggan terutamanya pelajar mencetak atau mengimbas tugasan mereka.

Di samping menjalankan perkhidmatan yang tersebut diatas, firma juga ada menawarkan perkhidmatan mesin faks bagi memudahkan pelanggan agensi kerajaan terutamanya menfaks data-data atau dokumen-dokumen mereka dengan kadar yang segera. Firma dijangka akan dapat menarik minat ramai pelajar dan kakitangan kerajaan untuk menggunakan khidmat yang disediakan oleh PC Dot Com. Ini kerana peranan komputer yang diperlukan bagi setiap manusia.

ii)   Pasaran Am                                                                                          
           
Penggunaan komputer dan teknologi maklumat amatlah diperlukan terutamanya oleh pelajar-pelajar moden masa kini untuk proses pembelajaran mereka. Ini adalah kerana proses pembelajaran pada zaman ini banyak memerlukan penggunaan komputer dan teknologi maklumat. Oleh sebab itu kebanyakan pelajar menggunakan perkhidmatan yang terdapat di PC Dot Com bagi memudahkan proses pembelajaran mereka.

Perkembangan industri perkhidmatan pengkomputeran dan teknologi maklumat pada masa ini adalah amat meyakinkan dan mempunyai prospek yang besar untuk terus berkembang maju selaras dengan keperluan pelajar seperti yang tersebut diatas. Perkembangan Belanjawan 2006 yang memberikan kenaikan 15 % kepada kakitangan kerajaan dan bonus tahunan dengan kadar minima RM 1,000.00 juga dijangka akan memberi kesan positif kepada perkembangan industri ini.
           
Walaubagaimanapun, penglibatan usahawan bumiputera dalam industri ini adalah kurang berbanding dengan bukan bumiputera yang kebanyakannya dimonopoli oleh kaum Cina. Jika kita lihat dimerata tempat, adalah sukar untuk melihat perniagaan seperti ini yang diuruskan oleh usahawan bumiputera. Sedikit sebanyak, usaha pemilik untuk membuka perniagaan menjual perkakasan dan perisian komputer akan membuka mata masyarakat bumiputera untuk cuba bersaing dalam industri ini.

iii)      Sasaran Pasaran Syarikat/firma

Pada peringkat awal perniagaan, fokus utama firma adalah tertumpu kepada pelanggan yang berada di kawasan Kota Samarahan, iaitu Taman Sri Mawar, UNIMAS, Politeknik Kuching, SMK ST. Joseph, SMK Tun Teja dan Wisma Persekutuan Kota Samarahan.

Secara amnya, populasi di kawasan-kawasan tersebut didominasikan oleh penduduk bumiputera. Faktor ini akan memberikan kelebihan kepada firma untuk memenangi pelanggan-pelanggan dari kaum bumiputera. Oleh itu, lokasi yang dipilih oleh pemilik bagi menjalankan perniagaannya adalah baik dan berpotensi besar untuk berjaya.

Lokasi firma berada di kawasan komersial yang berhampiran dengan UNIMAS, Politeknik Kuching, sekolah-sekolah, agensi-agensi kerajaan akan memberikan peluang yang besar untuk mendapatkan perhatian pelanggan.


 Pelangan-pelangan yang disasarkan mempunyai ciri-ciri berikut:-     
i.              Pelajar universiti (20 hingga 29 tahun)
ii.            Pelajar sekolah (13 hingga 19 tahun)
iii.           Kakitangan kerajaan


c) Ramalan Jualan

Perkara

Prestasi Ramalan Jualan
2005
2006
2007
Keberuntungan (RM000)
Jualan
Untung Sebelum Cukai
Untung Selepas Cukai

   81.9
219.8
219.8

527.7
  14.7
  14.1

1,160.5
     28.7
     26.5
Ketunaian (RM)
Wang Tunai Masuk
Wang Tunai Keluar
Baki Tunai
Tunai Terkumpul

714.5
488.2
170.0
154.7

611.3
445.8
165.5
165.5

454.4
386.3
  68.1
233.6
Keselamatan (RM000)
Harta tetap
Harta semasa
Tanggunggan semasa
Tanggunggan berjangka
Modal & Ikuti

109.3
177.6
  30.9
142.7
108.9

102.8
184.3
  30.6
135.0
122.4

  87.6
252.8
  30.3
110.6
200.3
Pulangan Bersih:-
a) Atas Jualan (%)
b) Atas Harta   (%)
c) Atas Pelaburan  (%)

Pulangan Kasar Atas Jualan
Titik Pulangan Modal (%)

19
65

  7

86

69

18
77

39

84

70

17
89

43

82

71
Nisbah Kecairan         (%)
Nisbah Leveraj    (%)
64.62
2
3.64
25
90.55
1


d) Strategi pemasaran

Pasaran bagi perniagaan PC Dot Com boleh dibahagikan kepada tiga segmen penting mengikut kumpulan pelanggan iaitu individu, swasta dan agensi kerajaan. Promosi tidak terhad kepada penyediaan risalah dan edaran dalam kedai sahaja. PC Dot Com juga menggunakan pelbagai saluran media pengiklanan sebagai contoh melalui media cetak dan media elektronik. Selain itu, PC Dot Com menyertai ekspo atau pameran yang berkaitan dengan perniagaan.

Hasil daripada promosi dan perkhidmatan yang disediakan oleh PC Dot Com, terdapat beberapa pengedar besar yang telah melantik PC Dot Com sebagai pengedar sah mereka. Malahan, dalam pengiklanan produk mereka nama PC Dot Com juga sering dimasukkan. Keadaan ini juga merupakan satu bentuk penghargaan kepada PC Dot Com kerana walaupun masih muda PC Dot Com sudah pun diberi kepercayaan untuk mengedar barangan jenama oleh pengedar yang besar.
           
Dasar produk disesuaikan dengan citarasa dan permintaan pengguna. Iltizam PC Dot Com adalah untuk memasang komputer peribadi yang berlabelkan logo PC Dot Com dan disokong dengan perkhidmatan selepas jualan yang berkualiti. Untuk memberi pilihan kepada pelanggan, PC Dot Com juga menjual sistem komputer berjenama seperti ACER, HYUNDAI, SIEMENS, PACKARD BELL dan COMPACT.


 ANALISIS PESAING
           
            Pembekal-pembekal peralatan komputer mula tumbuh bagai cendawan. Di sekitar bangunan pusat jualan PC Dot Com sahaja terdapat 5 buah kedai komputer. Sejak akhir-akhir ini, persaingan bertambah sengit apabila syarikat-syarikat peruncitan yang dahulunya menjual barangan perabot dan peralatan dapur mula menjual peralatan komputer pada kadara harga yang sangat rendah.
           
            Pesaing utama bagi PC Dot Com ialah Kedai Acer. Syarikat tersebut mempunyai kekuatan kerana syarikat tersebut merupakan syarikat franchaisor bagi jenama Acer. Walau bagaimanapun, perkhidmatan di syarikat tersebut tidak mesra pelanggan menyebabkan pelanggan kedai tersebut sering mengadu pengurus serta pekerja di kedai tersebut tidak memberi perkhidmatan selepas jualan yang baik.

            Strategi perkhidmatan berkualiti telah membantu PC Dot Com menghadapi tekanan pesaing. Pesaing mengguna pendekatan cash and carry, harga rendah dan perkhidmatan tak menentu. Perkhidmatan berkualiti membolehkan PC Dot Com berhadapan dengan pesaing, malah menarik pelanggan yang kecewa dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pesaing. Jualan kembali meningkat dan pendapatan dari aktiviti penyenggaraan terus meningkat.

 RANCANGAN PENGURUSAN

a) Carta Organisasi

Pada masa ini, firma diuruskan oleh Cik Farhana sendiri sebagai Pengurus. Beliau dibantu oleh tiga orang kakitangan dalam kumpulan pengurusan yang mempunyai kepakaran dalam bidang tersendiri iaitu pengurusan kewangan, pengurusan teknikal dan eksekutif jualan. Selain itu, firma juga menggunakan khidmat seorang pekerja am.


 b.    Latar belakang Pengurus/ Pemegang Saham/ Pemilik

Farhana Bt. Hamzah - Pengurus
Beliau berusia 28 tahun, berkelulusan Diploma Teknologi Maklumat daripada Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, pada tahun 2001, dan Ijazah Sarjana Pengurusan juga dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, pada tahun 2003. pemilik berpengalaman bekerja selama 2 tahun dalam perniagaan komputer di Syarikat Dell sebagai Pengurus Bahagian Operasi dan Pengeluaran di Syarikat tersebut pada tahun 2004 hingga 2005.

Beliau amat meminati bidang perniagaan ini sehinggakan beliau telah membuat keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan. Tugas utama beliau ialah membuat kerja-kerja pentadbiran dan pengurusan operasi.

c.    Latar belakang Kakitangan Utama/ Mahir

Encik Hafiz Fairuz B. Hamzah Pengurus kewangan
Beliau berusia 27 tahun, berkelulusan Diploma Perakaunan daripada Universiti Malaya, Selangor pada tahun 2002. Beliau berpengalaman bekerja selama 1 tahun di Syarikat Bina Sendiri sebagai pembantu tadbir bahagian kewangan.
Tugas utama beliau ialah menguruskan kerja-kerja perakaunan, kemasukan aliran wang tunai dalam syarikat, membuat belanjawan tahunan, kunci kira-kira dan penyata kewangan.

 Encik Hanif Fauzan B. Hamzah Eksekutif Jualan
Beliau berusia 25 tahun, berkelulusan Diploma Komunikasi Media daripada Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada tahun 2004. Beliau memppunyai pengalaman kerja sebagai eksekutif pemasaran di Syarikat Mega Lima selama 1 tahun.
Tugas utama beliau ialah menjalankan tugas stock check, membuat prospecting, sales presentation dan aktiviti-aktiviti jualan yang lain kepada pelanggan.

Encik Haziq Qayyum B. Hasyim Pengurus Teknikal
Beliau berusia 33 tahun, berkelulusan Diploma Sains Komputer daripada University of Central Lancashire, UK pada tahun 1994, dan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Sains Komputer daripada Middlesex University, UK pada tahun 1997 dan 2000. Beliau berpengalaman bekerja selama 5 tahun di Syarikat Dell Sdn. Bhd. sebagai Pengurus bahagian teknikal.
Tugas utama beliau ialah menguruskan kerja-kerja di bahagian teknikal, menyenggara dan membaikpulih komputer.

a.       Latar belakang Kakakitangan Separuh Mahir/ Kurang Mahir

Cik Farishah Ain Pekerja Am
Beliau berumur 21 tahun dan berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) pada tahun 2006. Tugas beliau adalah bagi memastikan keadaan firma sentiasa bersih, kemas dan selesa kepada pelanggan.

 RANCANGAN KEWANGAN

a) Kos Permulaan Projek    

Kos permulaan minimum bagi memulakan perniagaan PC Dot Com dianggarkan melebihi RM 50,000.00. Memandangkan perniagaan PC Dot Com adalah perniagaan bersaiz besar, peralatan asas yang digunakan terdiri daripada 5 unit komputer, 2 mesin pencetak, mesin pengimbas, alat pemotong, dan perisian grafik. Selain itu, mesin ink-jet berskala besar turut disediakan. Dengan adanya mesin ini, pelanggan dapat membuat kain rentang atau poster.

PC Dot Com memperoleh sumber kewangan daripada kemudahan overdraft (OD) Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB), dan Majlis Amanah Rakyat (MARA). Selain itu, sumber kewangan juga adalah daripada simpanan sendiri, ahli keluarga, dan kredit dari pembekal.

 b) Penyata Kewangan

Jadual 1 : Perangkaan Kewangan

Tahun
Jualan
(RM)
Keuntungan
Sebelum Cukai (RM)
Untung Bersih
(RM)
2006
81,922.10
2,198.96
2198.96
2007
527,766.90
14,767.74
14,139.51
2008
1,160,525.60
28,725.54
26,567.84


Jadual 2 : Nisbah Kewangan


Tahun
Nisbah
Kecairan
Nisbah
Leveraj
Pusing Ganti Aset
Pusing Ganti Inventori
Margin
Keuntungan
Pulangan
atas
Pelaburan
2006
64.62%
2%
2.62
2.74
3%
7%
2007
3.64%
25%
14.64
16.67
3%
39%
2008
90.55%
1%
18.76
61.62
2%
43%


Rajah 3 : Ramalan Jualan Tahunan 2006-2008



Rajah 4 : Untung Selepas Cukai

c) SumberKewangan

1.      Aset, Tanggungan & Ekuiti.

i.          Jumlah Harta (Kos Projek)



PERKARA
SEDIA ADA
(00/0/00)
(DERAF)


BARU

JUMLAH
RM'000
%
RM'000
%
RM'000
%

Ubahsuai
Peralatan
Deposit sewa
Pra-Operasi
Modal Kerja Bersih



50,000
68,000
9,600
1,000
50,000

28
38
5
1
28

50,000
68,000
9,600
1,000
50,000

28
38
5
1
28
JUMLAH


178,600
100
178,600
100












i.Jumlah Tanggungan dan Ekuiti (Sumber pembiayaan)




PERKARA
SEDIA ADA
(00/0/00)
(DERAF)

BARU

JUMLAH
RM'000
%
RM'000
%
RM'000
%

Modal Sumbangan
Untung/(Rugi) Terkumpul
Overdraf
Pinj BPIMB Harta tetap
                               M. Kerja



43,600


118,000
17,000

24


66
10

43,600


118,000
17,000

24


66
10
JUMLAH


178,600
100
178,600
100




Nota i  : Perkiraan Modal Kerja :-


PERKARA
SEDIA ADA
(RM000)
BARU
(RM000)
JUMLAH
(RM000)

Siberhutang (bln)
Stok
Bahan Mentah (3 bln)
Barangan Dalam Proses (bln)
Barangan Siap (bln)
Tunai operasi (3 bulan) *
Lain-lain




9,000


41,000



9,000


41,000
Jumlah

50,000
50,000
Tolak : Sipiutang (  bln)

0
0
KEPERLUAN MODAL KERJA BERSIH

50,000
50,000

1. 
101. 
102. 
103. 
104. 
105. 
106. 
107. 
108. 
109.* Pengiraan tunai untuk menampung operasi selama 3 bulan pertama seperti be

            Gaji                                                      -           RM21,000
            Sewa                                                   -           RM9,600
            Sewa hawa dingin                               -           RM1,200
            Telefon                                                -           RM1,500
            Air/letrik                                               -           RM2,100
            Pemasaran & promosi                        -           RM2,700
            Lain-lain                                               -           RM2,900



Nota  ii : Kos Projek (Baru atau tambahan) Dan Sumber Pembiayaannya



Bil
PERKARA

HARGA / KOS
SUMBER PEMBIAYAAN

BBMB
Sumbangan

1
2
3
4
5


Peralatan
Ubahsuai
Deposit sewa
Pra-operasi
Modal kerja

68,000
50,000
9,600
1,000
50,000

68,000
50,000


17,000



9,600
1,000
33,000

Jumlah
178,000
135,000
43,600










b.         Prestasi Lepas/Dijangka

Text Box: Syarikat PC Dot Com
Penyata Untung Rugi
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2006

Hasil
Jualan kasar      81,922.10
 Tolak:  Pulangan Jualan   15 000
  Diskaun Jualan     5 000   20 000
 Jualan bersih
          380 000

Tolak: Kos barang dijual
 Inventori awal 1 Januari     50 000
 Belian      95 000
 Angkutan masuk      5 000 100 000
 Kos barang untuk dijual    150 000
 Tolak inventori akhir 31 Disember     70 000
  Kos barang dijual        80 000


Untung Kasar        300 000
Tolak Belanja Operasi
 Gaji      100 000
 Komisen      25 000
 Pembaikan       15 000
 Sewa        30 000
 Pengiklanan      10 000
 Faedah pinjaman       5 000
 Bekalan pejabat       2 000
 Insurans        2 000
 Utiliti         5 000
 Susut nilai        2 000
 Lain-lain belanja       4 000
 Jumlah belanja operasi      200 000

Untung sebelum cukai        2198.96
Tolak: Cukai                     0
Pendapatan bersih         2198.96














































Text Box: Syarikat PC Dot Com
Penyata Untung Rugi
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2007

Hasil       
 Jualan kasar       527,766.90
 Tolak:  Pulangan Jualan     14 000
  Diskaun Jualan     6 000    20 000
 Jualan bersih        405 000

Tolak: Kos barang dijual
 Inventori awal 1 Januari       50 000
 Belian       90 000
 Angkutan masuk       5 000    95 000
 Kos barang untuk dijual     145 000
 Tolak inventori akhir 31 Disember      75 000
  Kos barang dijual        75 000

Untung Kasar        330 000
Tolak Belanja Operasi
 Gaji      100 000
 Komisen      25 000
 Pembaikan       15 000
 Sewa        30 000
 Pengiklanan      10 000
 Faedah pinjaman       5 000
 Bekalan pejabat       2 000
 Insurans        2 000
 Utiliti         5 000
 Susut nilai        2 000
 Lain-lain belanja       4 000
 Jumlah belanja operasi      200 000

Untung sebelum cukai       14,767.74
Tolak: Cukai              628.23
Pendapatan bersih        14,139.51





















































Text Box: Syarikat PC Dot Com
Penyata Untung Rugi
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2008

Hasil
 Jualan kasar         1,160,525.60
 Tolak:  Pulangan Jualan    13 000
  Diskaun Jualan      5 000   18 000
 Jualan bersih        432 000

Tolak: Kos barang dijual
 Inventori awal 1 Januari       50 000
 Belian        95 000
 Angkutan masuk        5 000 100 000
 Kos barang untuk dijual    150 000
 Tolak inventori akhir 31 Disember     78 000
 Kos barang dijual         72 000

Untung Kasar        360 000
Tolak Belanja Operasi   
 Gaji      100 000
 Komisen      25 000
 Pembaikan       15 000
 Sewa        30 000
 Pengiklanan      10 000
 Faedah pinjaman       5 000
 Bekalan pejabat       2 000
 Insurans        2 000
 Utiliti         5 000
 Susut nilai        2 000
 Lain-lain belanja       4 000
 Jumlah belanja operasi      200 000

Untung sebelum cukai       28,725.54
Tolak: Cukai            2157.70
Pendapatan bersih        26,567.84














































RUMUSAN


Setiap perniagaan berhadapan dengan risiko. Risko yang dihadapi kadangkala begitu tinggi dan kadangkala begitu rendah. Begitu juga dengan perniagaan PC Dot Com. Namun, ia tidak mematahkan semangat pemilik PC Dot Com untuk memajukan lagi syarikat ini. Seterusnya mengembangkan lagi perniagaan ini di peringkat yang lebih tinggi. Hal ini kerana produk PC Dot Com yang berdaya mauj serta perkhidmatan berkualiti yang disediakan oleh PC Dot Com boleh membawa nama PC Dot Com ke tingkat yang lebih tinggi di mata masyarakat.
           
Selain itu, perniagaan PC Dot Com yang berdaya saing dan daya tahan juga akan membolehkan PC Dot Com menghadapi persaingan dan perubahan persekitaran semasa bagi memastikan perniagaan ini terus kekal di pasaran dan berkembang maju.
           
Kekuatan PC Dot Com dari segi pengurusan dan kakitangan yang berwibawa dan komited akan memberikan kelebihan kepada PC Dot Com berbanding syarikat lain. Sokongan kewangan yang mencukupi dan jaringan hubungan strategic PC Dot Com dengan syarikat-syarikat lain juga membolehkan perniagaan PC Dot Com terus gah di bidang perniagaan ini.
           
Perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik kepada pelanggan menjadi kunci utama bagi PC Dot Com untuk mengekalkan pelanggan yang ada seterusnya menarik lebih ramai lagi pelanggan untuk menikmati perkhidmatan yang disediakan oleh PC Dot Com.


BIBLIOGRAFI

Abu Bakar  Hamed (2003). Keusahawanan : Pengurusan Perniagaan Kecil,    Konsep dan Amalan (Manuskrip). Sintok : Universiti Utara Malaysia.
Abu Bakar Hamed, Rismala Daud dan Siti Nabila Abdul Khalid. (1996).
         Asas Pengurusan Perniagaan. Sintok : Universiti Utara Malaysia.
Griffin, R. W. S. dan Elbert, R. J. (1991). Bussiness (Second Edition). New Jersey : Prentice Hall.
Nek Kamal Yeop Yunus dan Hail Hilman Abdullah. (2005). Pengurusan Peruncitan (Konsep, Strategi dan Kes). Kuala Lumpur : Pearson Prentice Hall.
Rancangan Perniagaan (2007). Diperoleh September 13, 2007 daripada http://
         www.skorcareer.com
Perniagaan Komputer (2007). Diperoleh September 13, 2007 daripada http://
         www.medc.gov.my


No comments:

Post a Comment